You are here

PROGRAM TANGGUNG JAWAB SOSIAL KORPORAT(CSR) OLEH SINGER
March 01,2018
Pada 28 Februari 2018, Singer (M) Sdn Bhd telah mengadakan CSR ke Jabatan Pediatrik Hospital Sungai Buloh. Lawatan yang diketuai oleh Mr Collin Tan, General Manager Singer (M) Sdn Bhd telah disertai oleh lebih kurang 15 orang staf pelbagai jawatan termasuk wakil dari cawangan Singer di negeri Selangor. Pesakit telah diberikan patung beruang yang dijahit khas oleh staf Singer, voucher Singer bernilai RM100.00, goodies bag dan belon. CSR telah diadakan di wad 8C, 7A dan Klinik Pediatrik. Sumbangan kepada pesakit di Klinik Pediatrik adalah kali pertama dan pesakit sangat teruja menerima patung beruang tersebut.
 
Source: 
FACEBOOK HOSPITAL SUNGAI BULOH